Wednesday, April 22, 2015

Pascasiswazah

Sebab apa nak ambil Master?

Sebab nak dapat kerja bagus?

Tapi nanti orang kata overqualified.

Tapi berapa kerat ja orang yang ada kelayakan Master depa nak ambil?

Ramai lagi budak degree takpun diploma yang depa nak guna.


Mungkin sebab aku nak belajar.

Sebab aku rasa apa yang aku buat masa degree tu bodoh.

Jadi aku baru jumpa semangat untuk belajar betul-betul.

Perbaik dan tambah segala macam ilmu supaya aku dapat fahami betul betul bidang yang aku betul betul minat.

Supaya aku dapat mendalami apa yang aku minat.

Sebab aku pun berhak untuk memilih sama ada untuk sambung belajar atau tidak.

Belajar itu tak pernah merugikan, jika hasilnya ialah ilmu.

Sebab ilmu itu tiada nilai harganya, cuma manusia saja yang kadang kadang alpa tentang betapa berharganya ilmu itu.

Sebab nabi kata, belajarlah kamu walaupun ke negeri China.

Dari buaian sampai ke liang lahad, belajarlah.

Dan jangan pernah sesal akan segala ilmu yang telah kau pelajari.

Kerana satu hari nanti ilmu itulah yang menjadi harta paling berguna yang akan kau warisi.

Dan yang warismu akan warisi.

Bacalah.

Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).

No comments: