Tuesday, December 29, 2015

Taman

Cinta insan
Walau sehebat mana pun menyeberang lautan api
Walau seunggul mana pun mendaki gunung tertinggi
Tetap
Tewas di tangannya sendiri
Tatkala nafsu merajai diri
Cinta yang dikobarkan menjadi mati
Hanya bisikan nirajim membunuh jiwa insani

Pulanglah
Pulanglah wahai manusia
Kembalilah dikau ke jalan yang benar
Yakni jalan yang telah Dia redhai
Ketahuilah
Bahawasanya cinta itu abadi
Jika disemai dengan benih asli
Asalnya daripada ajaran nabi
Bercambah menjadi iman di dalam hati
Yakini bahawa cinta yang satu hanya milikNya

Setelah disulami cinta abadi
Barulah cinta fitrah itu kian menjadi
Setelah mencintai Pencipta yang Maha Suci
Maka ketemuilah di antaramu Adam dan Hawa
Ketemuilah di antaramu bidadari taman syurga
Raudhah al-Jannah
Teman yang sejati