Bila orang tanya macam mana kita nak tau yang dia tu betoi betoi memang the one.
Aku rasa lain orang mungkin lain kriteria, tapi bagi aku, berdasarkan pengalaman aku rasa cukuplah takat sorang yang aku boleh selesa sembang macam macam benda dengan dia.
Mau takat dok tanya makan apa hari ni buat apa pi mana lama lama jadi bosan. Lain la kalau dia tanya pendapat pasai isu semasa ka, benda ilmiah ka. Kurang kurang ada la seronok dia, ada la cabaran dia, terbuka la sikit minda. Kiranya tahap pemikiran dia sama taraf atau lebih kurang dengan kita. Baru ngam. Berkelai pasai idea tu biasa la, lain orang lain idea asalkan boleh berdamai cukup. Belakang kira la. Asalkan otak aku boleh bersenam mau sembang dengan dia.
No comments:
Post a Comment